Arinasunflower's Blog

Just another WordPress.com weblog

KLASIFIKASI PAKAIAN March 26, 2010

Filed under: KLASIFIKASI PAKAIAN — arinasunflower @ 8:15 am

Klasifikasi pakaian untuk wardrobe yang lengkap ialah:

  • Pakaian asas- pakaian dalam untuk mengekalkan bentuk badan, memberi perlindungan, dan menjaga kebersihan diri.
  • Pakaian formal- pakaian dalam kumpulan ini termasuklah:
    • Pakaian yang melambangkan identiti
    • Pakaian ke upacara atau majlis rasmi
    • Pakaian ke majlis keraian seperti majlis perkahwinan
  • Pakaian kasual- pakaian yang sesuai dipakai di daalm dan di luar rumah dalam semua situasi selain majlis formal.
  • Pakaian riadah- pakaian untuk bersukan, bersenam atau aktiviti riadah lain.
  • Pakaian tidur- pakaian yang sesuai dipakai semasa tidur.
Advertisements
 

PENYIMPANAN PAKAIAN

Filed under: PENYIMPANAN PAKAIAN,PRINSIP MENYENGGARA WARDROBE — arinasunflower @ 7:47 am

Setiap pakaian perlu disimpan dengan baik supaya tidak mudah rosak dan tahan lama.Cara penyimpanan pakaian adalah seperti berikut:

  • Simpan pakaian di ruang khas yang kering seperti almari, laci, dan tetingkat pakaian.
  • Pakaian boleh digantung atau dilipat mengikut kesesuaian.
  • Pakaian termasuk aksesori disimpan mengikut klasifikasi.Rajah menunjukkan penyimpanan pakaian di dalam almari.

 

CARA MEMBERSIH AKSESORI March 12, 2010

Filed under: CARA MEMBERSIH AKSESORI,PRINSIP MENYENGGARA WARDROBE — arinasunflower @ 8:08 am

Aksesori perlu dicuci sekali-sekala apabila perlu dan perlu dan dicuci bersingan daripada pakaian, contohnya:

• Songkok dan topi diberus dengan berus khas.

• Skaf dan selendang dicuci tangan.

• Tali leher dan bow dicuci kering apabila perlu.

• Barang kemas dibersih dengan kain lembut yang kering.Barang kemas yang diperbuat daripada emas tulen dicuci dengan sabun dan dibilas.

• Beg tangan yang diperbuat daripada fabric dan vinyl dicuci kering.Beg tangan yang diperbuat daripada kulit dilap dengan kain kering.

• Kasut kulit digilap selepas memakainya. Kasut kanvas dcuci dengan bahan pencuci.

 

PRINSIP MENYENGGARA WARDROBE

Filed under: PRINSIP MENYENGGARA WARDROBE — arinasunflower @ 7:45 am

Wardrobe perlu disenggara dengan baik supaya tahan lama. Penyenggaraan wardrobe yang baik dapat menjimatkan perbelanjaan dalam jangka masa yang panjang. Prinsip penyelenggaraan wardrobe melibatkan pencucian dan penyimpanan pakaian serta penyenggaraan aksesori yang sempurna.

Terdapat dua cara pencucian pakaian, iaitu:

  • Cucian tangan atau menggunakan mesin basuh-Melibatkan penggunaan air dan detergen
  • Mecuci kering-Melibatkan penggunaan bahan kimia sebagai pelarut
 

MENGIKUT KEPERLUAN AGAMA, BANGSA, DAN BUDAYA March 9, 2010

Agama , bangsa, dan budaya banyak mempengaruhi pemilihan pakaian individu. Sebagai contoh, wanita beragama Islam perlu memakai pakaian yang menutup aurat, manakala sami Buddha pula memakai kain kuning yang dililit di badan. Pakaian tradisional melambangkan bangsa dan budaya sesuatu kaum seperti cheongsam melambangkan pakaian tradisi kaum Cina, baju melayu dan baju kurung melambangkan pakaian tradisi kaum melayu manakala sari melambangkan pakaian tradisi kaum India.

baju tradisional

sari

baju melayu dan baju kurung

cheongsam

 

MEMENUHI KEPERLUAN AKTIVITI HARIAN

Aktiviti harian menentukan jenis pakaian yang perlu ada di dalam wardrobe. Pakaian riadah, kasual, dan formal bergantung kepada kecenderungan individu menjalankan aktiviti berkenaan. Contohnya individu yang suka bersukan mempunyai lebih banyak pakaian sukan, manakala individuh yang selalu menghadiri majlis formal, mempunyai banyak pakaian formal. Rajah menunjukkan pakaian formal, pakaian riadah dan pakaian kasual

pakaian kasual

pakaian formal

pakaian riadah

 

BERSESUAIAN DENGAN CUACA DAN PERSEKITARAN March 7, 2010

Pakaian yang dipakai semasa cuaca panas tidak sama dengan pakaian semasa cuaca sejuk.

  • Pakaian semasa cuaca panas terdiri daripada pakaian yang ringkas dan diperbuat  daripada fabrik yang menyerap peluh seperti kapas dan sutera.
  • Pakaian semasa cuaca sejuk terdiri daripada baju tebal yang diperbuat daripada fabrik benang sayat yang dapat memerangkap haba.

Gambar menunjukkan pakaian yang dipakai di negeri bercuaca sejuk dan panas.

pakaian di musim sejuk                                                                          pakaian di musim panas